Hilang Bersama Masa
Tidakkah kita dilahirkan dengan bekalan
Kesucian hati sejernih embun pagi
Dengan ihsan sesejat alam tak bertepian
Bersama keberanian para mukmin dan wali
Lihat saja pada bayi di tangan insan
Berserah dalam timangan kesayangan
Maupun dalam tangan kekerasan penuh kekejaman
Senyumnya sejujur kata luhur
Tangisannya betul kerana kebulur
Tapi ke mana semuanya ini
Di mana saki-bakinya lagi
Manusia tertawa tanpa bahagia
Menangis untuk bersandiwara
Berkata semata menokok dusta
Sayang
Sekalipun hidup ini buat sementara
Mengapa harus ertinya hilang bersama masa.
Kesucian hati sejernih embun pagi
Dengan ihsan sesejat alam tak bertepian
Bersama keberanian para mukmin dan wali
Lihat saja pada bayi di tangan insan
Berserah dalam timangan kesayangan
Maupun dalam tangan kekerasan penuh kekejaman
Senyumnya sejujur kata luhur
Tangisannya betul kerana kebulur
Tapi ke mana semuanya ini
Di mana saki-bakinya lagi
Manusia tertawa tanpa bahagia
Menangis untuk bersandiwara
Berkata semata menokok dusta
Sayang
Sekalipun hidup ini buat sementara
Mengapa harus ertinya hilang bersama masa.
(f. r. Bahamid)
0 Comments:
Post a Comment
<< Home